Daripada Fb Khalifah Ar-Rafii'ah dengan izin untuk ditulis semula sebagai pengetahuan kita sebagai umat Islam untuk mengelakkan daripada syirik.
Peringatan ya, adalah harus hukumnya berubat dengan perantara Jin Islam. Sila rujuk entri saya mengenainya ya. Bukan jin kafir ya.
Untuk pengetahuan pembaca, gangguan saka adalah merupakan jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari. Biasanya, saka ini melibatkan keturunan iaitu mempunyai pertalian darah yang sama.
Dari pengalaman dalam perubatan mengeluarkan saka dari badan pesakit, kebanyakan daripada saka adalah dari keturunan sebelah keluarga bapa pesakit dan jarang sekali berjumpa saka yang berasal dari sebelah keluarga ibu pesakit.
Kenapa
ini berlaku? Adalah kerana pertalian darah dari bapa kepada anak-anak lebih
kuat dari pertalian darah dari ibu kepada anak-anak.
Disini
juga selitkan serba sedikit tentang perbezaan diantara saka keturunan dan sihir
kerana kita sering terkeliru sakit disebabkan dari saka keturunan atau disihir
sedangkan keduanya mempunyai perbezaan yang nyata.
Manakala
gangguan sihir pula, adalah gangguan jin dan iblis yang dihantar kepada
seseorang daripada seseorang yang mempunyai niat jahat melalui pengamal sihir.
Selalunya
pengamal -pengamal sihir ini menggunakan jin dan iblis untuk menganiaya seorang
yang disasarkan oleh pelanggan mereka.
Apa pun
jenis jenama sihir yang ada sekarang di zaman moden seperti santau, susuk, ilmu
kebal, ilmu pemisah dan pengasih semuanya melalui campur tangan jin dan iblis
ini yang berdamping dengan pengamal-pengamal sihir tersebut.
Bukan
semua anak-anak dalam keluarga itu boleh mewarisi saka keturunan dari keluarga
itu. Jin-jin saka ini boleh memilih ("pick and choose") anak-anak
tuan mereka untuk didampingi oleh mereka.
Sukar
untuk saya memberi penjelasan apakah kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang ada
pada anak-anak yang boleh membuat tubuh badan mereka ini senang didampingi oleh
makhluk-makhluk halus ini.
Tidak
ada satu formula yang boleh kita guna pakai untuk meramal siapa antara ahli
keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini.
Tidak
semestinya anak yang sulung dalam keluarga itu atau hanya anak-anak lelaki
sahaja yang selalu didampingi oleh jin-jin saka ini.
Sehingga
hari ini, kita masih memahami dengan jelas bagaimana kaedah dan kriteria
pemilihan ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini.
Mungkin
faktor-faktor seperti lemah semangat, kekuatan iman, kepercayaan kepada
benda-benda khurafat seperti menyimpan senjata-senjata lama yang diwarisi dari
keturunan mereka dan sebagainya.
Masyarakat
melayu pada zaman dahulu suka memelihara dan berdamping dengan jin-jin kerana
mempercayai jin-jin yang didampingi tersebut boleh menjadi pembantu mereka
dalam kerja-kwrja seharian.
Sebagai
contoh , terdapat kisah orang-orang tua dahulu berpesan kepada anak isteri
mereka bahawa akan ada makhluk halus yang akan menjaga rumah mereka sepanjang
tempoh suami atau ayah tersebut keluar ke laut atau hutan untuk mencari
rezeki.
Kadang
kala mereka ini menuntut apa-apa ilmu yang disangka sebagai ilmu dunia ghaib
tanpa mengetahui bahawa ilmu untuk menguasai ilmu tersebut, mereka akan
didamping oleh jin-jin yang dianugerahkan oleh tok guru mereka tanpa mereka
sedari.
Ilmu-ilmu
tersebut seringkali melibatkan ilmu-ilmu seperti ilmu pendinding, amalan
kebatinan, ilmu kecantikan seperti susuk, ilmu pelaris untuk memajukan
perniagaan, ilmu untuk menunddukkan kuasa seseorang, ilmu sihir pemisah atau
sihir pengasih dan sebagainya.
Kenapa
saka diambil?
Ribuan
tahun dahulu, ketika zaman pra islam ketika itu tiada peralatan mesin,
pengangkutan, telekomunikasi berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat
tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan
ditindas.
Maka saka
diambil untuk kebajikan diri sendiri dan keluarga sebagai contoh saka harimau
dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh
dalam sekelip mata.
Saka
hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam
masa satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.
Saka
biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang melayu kerana mereka menjadikan
saka ini kawan tetapi bagi orang cina dan india saka ini dijadikan tuhan
mereka.
Kerana
saka orang melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum
saka ini diambil ia akan tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan
sebagainya.
Saka
ini sememangnya golongan jin dan ia terbahagi kepada dua iaitu:-
1) jin
islam- saka yang dimiliki oleh golongan hulu balang, para panglima perang dan
pengamal perubatan
2) jin
kafir- saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara bukan
islam
Jin ini
diambil dengan amalan-amalan tertentu dan pada waktu-waktu tertentu seperti
bertapa pada hari-hari tertentu. Jin islam lebih sukar diambil kerana
memerlukan amalan zikir dan sebagainya yang diamalkan selama mana waktu
ditentukan ketika bertapa.
Jin
kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dengan persembahan
berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung, pulut kuning, telur rebus
dan sebagainya.
Apabila
jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul
sebagai istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan
penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji dari kedua belah pihak.
Akujanji
terbahagi kepada dua:
a)
penerima saka
- wajib
menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian
, kenduri , dapat zuriat dan sebagainya.
b) saka
-
menjaga penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan/kenderaan pengangkutan
sebagai alat perhubungan /telekomunikasi , sebagai sumber kekuatan fizikal dan
mental (kebal dan kuat)
Gangguan
saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya
penerima saka yang tidak mengikut syarat/mungkir janji.
Ini
kerana ilmu/pengetahuan tentang syarat tersebut tidak diperturunkan ke generasi
seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan admin huraikan sebentar
lagi.
Jenis-jenis
saka keturunan yang agak popular di malaysia:-
1) saka harimau
2) saka buaya/buaya putih
3) saka ular
4) saka nenek kebayan
5) saka puteri gunung ledang
6) saka tanah
7) saka laut
8) saka pendekar/panglima hitam
9) saka perbomohan dan perubatan
10) saka hantu raya
11) saka toyol, pelesit, pontianak, pocong
12) saka jembalang
1) saka harimau
2) saka buaya/buaya putih
3) saka ular
4) saka nenek kebayan
5) saka puteri gunung ledang
6) saka tanah
7) saka laut
8) saka pendekar/panglima hitam
9) saka perbomohan dan perubatan
10) saka hantu raya
11) saka toyol, pelesit, pontianak, pocong
12) saka jembalang
Tanda-tanda
utama pemilik saka:
Hasil
dari kajian yang dilakukan disini admin berikan serba sedikit tentang
tanda-tanda utama pemilik saka dari keturunan di antaranya ialah seperti
berikut:-
*
memiliki tanda gangguan ketika tidur dan jaga seperti pesakit sihir yang lain.
*
memiliki kebolehan mengubat secara menurun dan terdapat unsur syirik jampi yang
tidak difahami.
* boleh
bersilat secara jurus dan tanpa latihan, boleh berbidan yang mempunyai ilmu
batin dan mantera yang tidak difahami
*kadang
kala berperangai seperti haiwan contoh harimau atau monyet
Kesan
sampingan dari saka:-
Seperti yang admin terangkan sebentar tadi di atas admin huraikan sedikit kesan-kesan jika seseorang mendapat ganggguan dari jin saka ini.
Seperti yang admin terangkan sebentar tadi di atas admin huraikan sedikit kesan-kesan jika seseorang mendapat ganggguan dari jin saka ini.
Saka
telah meninggalkan kesan dan impak yang amat besarserta meluas kerana ia merangkumi
semua aspek kehidupan samada dari segi fizikal, spiritual, keagamaan, ekonomi
sosial dan sebagainya.
Walaupun
saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin
dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek
kehidupan manusia.
Dengan
sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan
antara suami isteri, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan islam dan
sebagainya.
Dan
sememangnya kesan dari penerimaan ilmu saka ini akan merosakkan akidah
seseorang umat islam, orang yang percaya dan bergantung harap dengan bantuan
serta pertolongan saka pastilah mereka ini tergolong dalam keadaan yang
menyekutukan Allah S. W. T.
Apabila
akidah mereka ini telah rosak maka akan terbatallah segala amalan kerana sudah
pasti amalan mereka tidak diterima oleh Allah S. W. T.
Saka
ini pula hidup semakin kuat hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan
syaitan seperti diterangkan oleh Allah S. W. T dalam
surah al-An'am, ayat 128 yang bermaksud:-
"
Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka (lalu Allah berfirman)
" Wahai sekalian jin dan syaitan kamu telah menyesatkan ramai manusia.
Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu. "
Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang
lain tapi keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai( kami mati tanpa
sempat bertaubat). Maka Allah berfirman " nerakalah tempat kamu, kamu
kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki. " sesungguhnya Tuhanmu(
wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Apakah
penyelesaian saka?
Masalah
saka agak sukar untuk diubati dan penyelesaiaannya hanya ada dua iaitu:
1) Bela
- sekiranya dibela ia harus diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu
- sekiranya dibela ia harus diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu
2)
Buang
- rawatan untuk membuang saka akan diatur bagi yang memilih untuk melepaskan diri dari permasalahan ini
- rawatan untuk membuang saka akan diatur bagi yang memilih untuk melepaskan diri dari permasalahan ini
Saka
ini tidak disarankan untuk dibela kerana salah disisi syariat islam .
Perbuatan
membela saka menjurus ke arah syirik kepada Allah. S. W. T dan khurafat. Ini
kerana pengantungan kita kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa
dari Allah S. W. T
Sesungguhnya
tiada apa-apa didunia ini yang lebih berkuasa daripada Allah S.W.T .
credit
: jejak paranormal 313
Wallahua'lam.

