Sunday, 8 April 2018

Apa itu saka keturunan dan perbezaannya dengan sihir


Daripada Fb Khalifah Ar-Rafii'ah dengan izin untuk ditulis semula sebagai pengetahuan kita sebagai umat Islam untuk mengelakkan daripada syirik. 

Peringatan ya, adalah harus hukumnya berubat dengan perantara Jin Islam. Sila rujuk entri saya mengenainya ya. Bukan jin kafir ya. 

Untuk pengetahuan  pembaca, gangguan saka adalah merupakan jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada manusia lain sama ada secara disedari atau tidak disedari. Biasanya, saka ini melibatkan keturunan iaitu mempunyai pertalian darah yang sama. 

Dari pengalaman dalam perubatan mengeluarkan saka dari badan pesakit, kebanyakan daripada saka adalah dari keturunan sebelah keluarga bapa pesakit dan jarang sekali berjumpa saka yang berasal dari sebelah keluarga ibu pesakit. 

Kenapa ini berlaku? Adalah kerana pertalian darah dari bapa kepada anak-anak lebih kuat dari pertalian darah dari ibu kepada anak-anak.

Disini juga selitkan serba sedikit tentang perbezaan diantara saka keturunan dan sihir kerana kita sering terkeliru sakit disebabkan dari saka keturunan atau disihir sedangkan keduanya mempunyai perbezaan yang nyata. 

Manakala gangguan sihir pula, adalah gangguan jin dan iblis yang dihantar kepada seseorang daripada seseorang yang mempunyai niat jahat melalui pengamal sihir.

Selalunya pengamal -pengamal sihir ini menggunakan jin dan iblis untuk menganiaya seorang yang disasarkan oleh pelanggan mereka. 

Apa pun jenis jenama sihir yang ada sekarang di zaman moden seperti santau, susuk, ilmu kebal, ilmu pemisah dan pengasih semuanya melalui campur tangan jin dan iblis ini yang berdamping dengan pengamal-pengamal sihir tersebut.

Bukan semua anak-anak dalam keluarga itu boleh mewarisi saka keturunan dari keluarga itu. Jin-jin saka ini boleh memilih ("pick and choose") anak-anak tuan mereka untuk didampingi oleh mereka. 

Sukar untuk saya memberi penjelasan apakah kriteria-kriteria atau ciri-ciri yang ada pada anak-anak yang boleh membuat tubuh badan mereka ini senang didampingi oleh makhluk-makhluk halus ini. 

Tidak ada satu formula yang boleh kita guna pakai untuk meramal siapa antara ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. 

Tidak semestinya anak yang sulung dalam keluarga itu atau hanya anak-anak lelaki sahaja yang selalu didampingi oleh jin-jin saka ini. 

Sehingga hari ini, kita masih memahami dengan jelas bagaimana kaedah dan kriteria pemilihan ahli keluarga itu didampingi oleh jin-jin saka ini. 

Mungkin faktor-faktor seperti lemah semangat, kekuatan iman, kepercayaan kepada benda-benda khurafat seperti menyimpan senjata-senjata lama yang diwarisi dari keturunan mereka dan sebagainya.

Masyarakat melayu pada zaman dahulu suka memelihara dan berdamping dengan jin-jin kerana mempercayai jin-jin yang didampingi tersebut boleh menjadi pembantu mereka dalam kerja-kwrja seharian.

Sebagai contoh , terdapat kisah orang-orang tua dahulu berpesan kepada anak isteri mereka bahawa akan ada makhluk halus yang akan menjaga rumah mereka sepanjang tempoh suami atau ayah tersebut keluar ke laut atau hutan untuk mencari rezeki. 

Kadang kala mereka ini menuntut apa-apa ilmu yang disangka sebagai ilmu dunia ghaib tanpa mengetahui bahawa ilmu untuk menguasai ilmu tersebut, mereka akan didamping oleh jin-jin yang dianugerahkan oleh tok guru mereka tanpa mereka sedari. 

Ilmu-ilmu tersebut seringkali melibatkan ilmu-ilmu seperti ilmu pendinding, amalan kebatinan, ilmu kecantikan seperti susuk, ilmu pelaris untuk memajukan perniagaan, ilmu untuk menunddukkan kuasa seseorang, ilmu sihir pemisah atau sihir pengasih dan sebagainya.

Kenapa saka diambil?
Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra islam ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. 

Maka saka diambil untuk kebajikan diri sendiri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata. 

Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam masa satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang cina dan india saka ini dijadikan tuhan mereka. 

Kerana saka orang melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia akan tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin dan ia terbahagi kepada dua iaitu:-
1) jin islam- saka yang dimiliki oleh golongan hulu balang, para panglima perang dan pengamal perubatan
2) jin kafir- saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara bukan islam

Jin ini diambil dengan amalan-amalan tertentu dan pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya yang diamalkan selama mana waktu ditentukan ketika bertapa. 

Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dengan persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung, pulut kuning, telur rebus dan sebagainya.

Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul sebagai istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji dari kedua belah pihak.

Akujanji terbahagi kepada dua:
a) penerima saka
- wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian , kenduri , dapat zuriat dan sebagainya.

b) saka
- menjaga penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan/kenderaan pengangkutan sebagai alat perhubungan /telekomunikasi , sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/mungkir janji. 

Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang syarat tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan admin huraikan sebentar lagi.
Jenis-jenis saka keturunan yang agak popular di malaysia:-
1) saka harimau
2) saka buaya/buaya putih
3) saka ular
4) saka nenek kebayan
5) saka puteri gunung ledang
6) saka tanah
7) saka laut
8) saka pendekar/panglima hitam
9) saka perbomohan dan perubatan
10) saka hantu raya
11) saka toyol, pelesit, pontianak, pocong
12) saka jembalang

Tanda-tanda utama pemilik saka:
Hasil dari kajian yang dilakukan disini admin berikan serba sedikit tentang tanda-tanda utama pemilik saka dari keturunan di antaranya ialah seperti berikut:-

* memiliki tanda gangguan ketika tidur dan jaga seperti pesakit sihir yang lain.
* memiliki kebolehan mengubat secara menurun dan terdapat unsur syirik jampi yang tidak difahami.
* boleh bersilat secara jurus dan tanpa latihan, boleh berbidan yang mempunyai ilmu batin dan mantera yang tidak difahami
*kadang kala berperangai seperti haiwan contoh harimau atau monyet

Kesan sampingan dari saka:-
Seperti yang admin terangkan sebentar tadi di atas admin huraikan sedikit kesan-kesan jika seseorang mendapat ganggguan dari jin saka ini. 

Saka telah meninggalkan kesan dan impak yang amat besarserta meluas kerana ia merangkumi semua aspek kehidupan samada dari segi fizikal, spiritual, keagamaan, ekonomi sosial dan sebagainya. 

Walaupun saka lebih dilihat ilmu atau amalan yang melibatkan makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi kesan penglibatan saka ini merebak ke segenap aspek kehidupan manusia. 

Dengan sebab saka, manusia boleh mendapat penyakit fizikal, menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, melakukan aktiviti yang bercanggah dengan islam dan sebagainya. 

Dan sememangnya kesan dari penerimaan ilmu saka ini akan merosakkan akidah seseorang umat islam, orang yang percaya dan bergantung harap dengan bantuan serta pertolongan saka pastilah mereka ini tergolong dalam keadaan yang menyekutukan Allah S. W. T. 

Apabila akidah mereka ini telah rosak maka akan terbatallah segala amalan kerana sudah pasti amalan mereka tidak diterima oleh Allah S. W. T.

Saka ini pula hidup semakin kuat hasil daripada kerjasama manusia dengan jin dan syaitan seperti diterangkan oleh Allah S. W. T dalam surah al-An'am, ayat 128 yang bermaksud:-
" Dan ingatlah hari kiamat padanya Allah himpunkan mereka (lalu Allah berfirman) " Wahai sekalian jin dan syaitan kamu telah menyesatkan ramai manusia. Maka berkata manusia yang menjadi penolong-penolong jin dan syaitan itu. " Wahai Tuhan kami, sebahagian kami telah dapat kesenangan dengan sebahagian yang lain tapi keadaan itu ajal kami yang Engkau tetapkan sampai( kami mati tanpa sempat bertaubat). Maka Allah berfirman " nerakalah tempat kamu, kamu kekal didalamnya kecuali apa yang Allah kehendaki. " sesungguhnya Tuhanmu( wahai Muhammad) Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Apakah penyelesaian saka?
Masalah saka agak sukar untuk diubati dan penyelesaiaannya hanya ada dua iaitu:
1) Bela
- sekiranya dibela ia harus diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu
2) Buang
- rawatan untuk membuang saka akan diatur bagi yang memilih untuk melepaskan diri dari permasalahan ini

Saka ini tidak disarankan untuk dibela kerana salah disisi syariat islam .

Perbuatan membela saka menjurus ke arah syirik kepada Allah. S. W. T dan khurafat. Ini kerana pengantungan kita kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa dari Allah S. W. T

Sesungguhnya tiada apa-apa didunia ini yang lebih berkuasa daripada Allah S.W.T .

credit : jejak paranormal 313
Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment

Apa itu saka keturunan dan perbezaannya dengan sihir

Daripada Fb Khalifah Ar-Rafii'ah dengan izin untuk ditulis semula sebagai pengetahuan kita sebagai umat Islam untuk mengelakk...